PBM sahkan akan bertanding PRN Sabah

LocalPolitics
14 Dec 2024 • 8:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Larry Sng Wei Shien

SIBU - Parti Bangsa Malaysia (PBM) mengesahkan akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17) akan datang.

Tanpa mendedahkan jumlah kerusi yang akan ditandingi, Presiden PBM, Datuk Larry Sng Wei Shien berkata, untuk tujuan itu, jentera parti yang telah ditubuhkan sejak dua tahun lepas bagi menghadapi pilihan raya berkenaan, kini bersiap sedia untuk digerakkan.

Beliau berkata, PBM juga memberi autonomi kepada pimpinan PBM Sabah untuk menentukan calon dan jumlah kerusi yang akan ditandingi pada PRN tersebut.

"Jupri Lenson selaku Naib Presiden PBM akan bertanggunjawab ke atas Sabah. Dia juga akan dibantu Richard Dompok (Ketua Penerangan PBM Sabah) yang bertanggungjawab ke atas jawatankuasa pilihan raya.

"Jadi kedua-dua mereka akan memutuskan bilangan kerusi," katanya pada sidang media sempena pelancaran logo baharu PBM, di sini pada Sabtu.

Kerajaan Sabah mempunyai tempoh sehingga Oktober 2025 sebelum sesi pentadbirannya berakhir. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved