PBM terima apa saja keputusan BN: Zuraida

Politics
13 Aug 2022 • 4:06 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

IPOH: Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan menerima apa sahaja kemungkinan berhubung permohonan parti itu untuk menyertai Barisan Nasional (BN).

Bakal presiden parti berkenaan Datuk Zuraida Kamaruddin(gambar) berkata keputusan itu dijangka diketahui sejurus selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang dijadual Isnin ini.

“PBM mempunyai semangat yang tinggi kerana saya melihat daripada pengalaman, kita boleh mengharungi apa sahaja kemungkinan,“ katanya selepas merasmikan pejabat Majlis Pimpinan Negeri PBM Perak di sini hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan dilaporkan berkata keputusan permohonan PBM untuk menyertai parti itu akan dibuat kepemimpinan secara konsensus pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN.

Sementara itu, Zuraida yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata PBM mempunyai calon berkaliber dengan rekod perkhidmatan yang bagus kepada rakyat, dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau berkata rakyat tidak lagi mengundi calon wakil rakyat berdasarkan parti seperti diamalkan sebelum ini, sebaliknya memilih calon yang mampu memberi khidmat terbaik.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved