Isu perkauman boleh tumbangkan PH, kata penganalisis politik

PoliticsBusiness & Finance
20 Aug 2019 • 7:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KOTA BHARU - Pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) khususnya bukan Melayu perlu lebih bijak membangkitkan isu kaum lain sekiranya berhasrat memastikan kerajaan PH bertahan lama.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Rusdi Omar berkata, beliau tidak menolak kemungkinan isu perkauman boleh menyebabkan kerajaan tumbang sekiranya tidak ditangani sebaik mungkin.

Sehubungan itu menurutnya, pemimpin-pemimpin bukan Melayu dalam PH seharusnya tidak terlalu mendesak kerajaan sedia ada untuk melakukan sesuatu demi kepentingan mereka, sebaliknya memahami kontrak sosial bagi menjamin keharmonian negara.

"Isu perkauman ini boleh ditangani dengan baik. Semua kaum perlu sedar tentang asal-usul mereka.

"Yang paling penting, mereka kena faham betul-betul apa yang dimaksudkan dengan kontrak sosial," katanya.

Dalam masa sama, beliau juga turut berharap supaya unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan tidak diusik kerana khuatir ia boleh menyebabkan ketegangan.

Jelasnya, isu-isu seperti bahasa kebangsaan, agama Islam sebagai agama persekutuan, hak istimewa orang Melayu, Bumiputera dan pemerintahan beraja tidak seharusnya dibangkitkan secara berlebih-lebihan.

Beliau berkata, isu-isu sedemikian sekiranya diperkatakan secara tidak terkawal dan sewenang-wenangnya khususnya di media tanpa sempadan, ia dikhuatiri boleh mengeruhkan hubungan kaum di negara ini.

"Kalau mereka terlebih juga, maka ia akan menyebabkan pihak yang majoriti itu akan merasakan terjejas, maka akan berlakulah keadaan yang kurang harmoni nanti," katanya.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved