PBPPP: Login ePrestasi & Semakan Markah Penilaian

Local
15 Apr 2026 • 1:44 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Jika sebelum ini penilaian guru menggunakan sistem Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT), kini guru akan dinilai menggunakan instrumen Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) yang telah dilaksanakan sepenuhnya bermula 2016 melalui ePrestasi, iaitu salah satu aplikasi KPM di bawah Sistem Maklumat Guru. Semak markah keputusan PBPPP 2025/2026 di sini: https://hrmis2.eghrmis.gov.my/

Penilaian ini merupakan suatu penilaian berdasarkan konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place) berdasarkan standard prestasi yang telah ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP 2.0) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 –2025. 

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang pelaksanaan PBPPP 2025 / 2026.

Apakah PBPPP KPM?

PBPPP adalah penilaian yang memberi fokus kepada penilaian dan pembangunan kompetensi, potensi dan keberhasilan berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira kepelbagaian bidang tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

Sistem yang digunakan adalah sistem ePrestasi.  ePrestasi merupakan satu aplikasi KPM di bawah Sistem Maklumat Guru, dimana sebelum ini penilaian guru menggunakan sistem Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT), kini guru akan dinilai menggunakan instrumen Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) yang mana telah dilaksanakan sepenuhnya bermula 2016. 

Image from: PBPPP: Login ePrestasi & Semakan Markah Penilaian

PBPPP memberi fokus kepada elemen:

  • Kompentensi
  • Potensi
  • Keberhasilan Ia berasaskan Gred dan Jawatan, serta mengikut konsep berasaskan bidang tugas dan tempat bertugas. Penilaian ini diwujudkan berdasarkan Anjakan 4: Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan berasaskan kompetensi,  Anjakan 5: Kepimpinan berprestasi tinggi, dengan memperkukuh kriteria pemilihan dan proses perancangan dan penggantian bagi pengetua dan Guru Besar mulai 2013.

Maklumat yang perlu dikemas kini dengan tepat dalam Sistem e-Operasi / e-Prestasi termasuklah:

  • Agensi Melantik
  • Jawatan
  • Gred
  • Tarikh Lantikan Pertama

Tarikh Semakan Markah PBPPP & Takwim Pelaksanaan Penilaian 2026

Paparan markah PBPPP 2025 boleh diakses dalam HRMIS 2.0 mulai 15 April 2026.

  1. Rayuan semakan semula markah boleh dibuat mulai 16 April hingga 15 Mei
  2. Aduan teknikal HRMIS boleh disalurkan melalui Sistem Pengurusan Meja Bantuan iaitu https://spmb.jpa.gov.my
  3. Aduan tiada paparan markah hendaklah disalurkan kepada urusetia PPSM masing-masing.
Image from: PBPPP: Login ePrestasi & Semakan Markah Penilaian
Sumber: HRMIS KPM

Berikut dikongsikan takwim pelaksanaan untuk tahun 2026 :

  • 2 Mac – 19 April 2026
    • Kemaskini Maklumat PPP (Bhgn/JPN/PPD)
    • Pelantikan PP Kump. Pengurusan oleh agensi penyelia
    • Pelantikan Jawatankuasa PBPPP
    • Kelulusan Jawatankuasa PBPPP Organisasi oleh agensi penyelia
    • Pelantikan PP di organisasi
    • Kelulusan Pelantikan PP organisasi oleh agensi penyelia
    • Tindakan: Jawatankuasa PBPPP Organisasi
  • 20 April – 30 Jun 2026
    • Pengisian Skor Penilaian Pertama 2026
    • Penilaian Prestasi Guru Baharu 2025
    • Tindakan:
      • Pegawai Penilai
      • Jawatankuasa PBPPP Organisasi
  • 1 Julai – 19 Julai 2026
    • Penyelenggaraan Sistem
  • 20 Julai – 31 Ogos 2026
    • Kemas Kini Pertukaran PYD
    • Tindakan: Jawatankuasa PBPPP Organisasi
  • 20 Julai – 30 September 2026
    • Pertukaran PP
    • Tindakan: Jawatankuasa PBPPP Organisasi
  • 1 September – 11 Disember 2026
    • Pengisian Skor Penilaian Akhir
    • Tindakan: Pegawai Penilai
  • 1 Oktober – 11 Disember 2026
    • Butang HANTAR diaktifkan
  • 12 Disember – 20 Disember 2026
    • Penyelenggaraan Sistem
  • 21 Disember – 31 Disember 2026
    • Pelarasan Markah Tidak Tekal
    • Tindakan: Jawatankuasa PBPPP Organisasi
  • 1 Januari – 28 Februari 2027
    • Penyelenggaraan Sistem
Image from: PBPPP: Login ePrestasi & Semakan Markah Penilaian
Image from: PBPPP: Login ePrestasi & Semakan Markah Penilaian
Sumber : SURAT ARAHAN PELAKSANAAN TAHUN 2026

Garis Panduan / Format Borang Keberhasilan

Image from: PBPPP: Login ePrestasi & Semakan Markah Penilaian

PENAMBAHBAIKAN LAPORAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN (LNPT) PBPPP

Adalah dimaklumkan, terdapat penambahbaikan pada fungsi Pegawai Yang Dinilai (PYD) di mana PYD tidak boleh menghantar LNPT selagi Pegawai Penilai Pertama (PPP) tidak mengesahkan pencapaian Sasaran Kerja Tahunan (SKT) PYD.

Rajah 3 ialah format Borang Keberhasilan yang mesti digunakan semasa menetapkan sasaran keberhasilan untuk mendapatkan skor penilaian keberhasilan dan peratus melebihi sasaran.

Templat borang ini dibekalkan dalam format MS Excel (versi 2007 dan ke atas) boleh digunakan sepanjang tempoh penilaian tahun semasa.

Garis Panduan Penilaian Komponen Keberhasilan (GPPKK) PBPPP ini disediakan untuk panduan semua pihak dalam menilai prestasi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

GPPKK ini menerangkan secara khusus terma dan syarat-syarat, prosedur dan kaedah pelaksanaan penilaian bagi mengelakkan kekeliruan.

Diharapkan GPPKK ini dapat membantu semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan penilaian PKK PBPPP seperti yang dihasratkan.

Panduan Penilaian Borang Keberhasilan PBPPPDownloadTEMPLAT-BORANG-KEBERHASILANDownloadGaris Panduan PBPPP (Dokumen Lengkap)Download

Cara Semakan Slip Keputusan Markah PBPPP Di HRMIS

Anda boleh membuat semakan markah / slip keputusan PBPPP masing-masing melalui pautan : https://hrmis2.eghrmis.gov.my/

Berikut adalah cara untuk semak slip keputusan markah PBPPP:

  1. Layari laman web HRMIS: https://hrmis2.eghrmis.gov.my/
  2. Log masuk pengguna. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan anda.
  3. Pilih “Laporan Penilaian Prestasi Tahunan”.
  4. Pilih “Prestasi 2025 – Slip Keputusan PBPPP”.
  5. Slip Keputusan PBPPP 2025 anda akan terpapar pada skrin. Anda boleh cetak untuk rujukan lanjut.
Image from: PBPPP: Login ePrestasi & Semakan Markah Penilaian
LANGKAH 1
Image from: PBPPP: Login ePrestasi & Semakan Markah Penilaian
LANGKAH 2
semakan pbppp
LANGKAH 3
Image from: PBPPP: Login ePrestasi & Semakan Markah Penilaian
LANGKAH 4
semakan pbppp
LANGKAH 5
semakan pbppp

Kredit gambar: FB Mohd Shihdan

NOTA:

Bagi yang tidak dapat mengakses markah ini di HRMIS, sila rujuk dengan Jawatankuasa Prestasi di peringkat negeri.

Untuk membuat rayuan markah, prosedur tersebut tertakluk kepada Jawatankuasa Prestasi masing-masing. Sila rujuk dengan Jawatankuasa tersebut apa yang perlu dibuat dan bagaimana hendak dibuat.

Istilah Berkaitan

Berikut ialah maksud bagi istilah-istilah yang terdapat dalam Borang Keberhasilan:

  • Bidang tugas bermaksud skop tugas PYD. Tiada penetapan khusus berkaitan bidang tugas.
  • Sasaran keberhasilan bermaksud hasil kerja utama PYD yang boleh diukur dan memberi impak kepada klien atau organisasi
  • Penilaian Pertama bermaksud markah pencapaian atau peningkatan semasa penilaian pertama pada pertengahan tahun penilaian.
  • Penilaian Akhir bermaksud markah pencapaian atau peningkatan pada akhir tahun penilaian.
  • Melebihi Sasaran bermaksud melebihi sasaran yang telah disasarkan.
  • Catatan bermaksud makluman hasil semakan semula sasaran sama ada kekal, pinda, gugur atau tambah selepas penilaian pertama.
  • Bilangan Sasaran bermaksud bilangan keseluruhan sasaran keberhasilan yang dinilai.
  • Jumlah Markah bermaksud markah keseluruhan pencapaian atau peningkatan sasaran keberhasilan yang dinilai.
  • Peratus Pencapaian bermaksud purata markah keberhasilan bagi sasaran yang dinilai dan pencapaian peratus melebihi sasaran.
  • Skor bermaksud skor penilaian berdasarkan tahap keberhasilan. Skor bagi penilaian pertama dan penilaian akhir mesti dipindahkan dalam Sistem e-Prestasi oleh PP1.
  • Ruangan peratus melebihi sasaran. Peratus ini mesti dipindahkan ke dalam Sistem e-Prestasi pada ruang Peratus Melebihi Sasaran.

Maklumat Lanjut & FAQ Semakan PBPPP

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau terus ke https://eprestasi.moe.gov.my/

Bila markah PBPPP boleh disemak?

Mulai 15 April 2026.Image from: PBPPP: Login ePrestasi & Semakan Markah Penilaian

Bolehkah buat semakan semula markah?

Boleh, rayuan semakan semula markah boleh dibuat mulai 16 April hingga 15 Mei
Aduan teknikal HRMIS boleh disalurkan melalui Sistem Pengurusan Meja Bantuan iaitu https://spmb.jpa.gov.my

Apakah PBPPP?

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) adalah penilaian yang memberi fokus kepada penilaian dan pembangunan kompetensi, potensi dan keberhasilan berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira kepelbagaian bidang tugas guru @ Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

Bagaimana semak markah online?

Semak markah keputusan PBPPP 2025/2026 di sini: https://hrmis2.eghrmis.gov.my/

Baca juga:

View Original Article