
SANDAKAN: Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Batu Sapi bersedia untuk bertanding di kawasan Parlimen berkenaan.
Penyelaras PBRS Batu Sapi, Mohd Fazil Ajak, berkata, ini sejajar dengan saranan Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup untuk Barisan Nasional (BN) bergerak solo pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Jelasnya, ini turut mengambil kira daripada tinjauan kepimpinan PBRS apabila majoriti bahagian-bahagian parti itu seluruh Sabah yang mempunyai kira-kira 1,500 cawangan bersetuju BN bergerak secara solo di negeri ini.
Fazil yang juga Ketua Komunikasi Korporat PBRS Pusat berkata demikian dalam kenyataan di sini pada Rabu.
Sehingga Jun 2022, Parlimen Batu Sapi mempunyai 44,594 pengundi.
Ia melibatkan dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karamunting dan Sekong.
Jelasnya, sudah tiba masanya bagi PBRS diberi tanggungjawab oleh BN untuk bertanding di kerusi Parlimen Batu Sapi.
“Kita percaya, menerusi kerjasama erat bersama rakan-rakan BN, kita akan berupaya mengembalikan kerusi Parlimen Batu Sapi kepada BN semula,” ujarnya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
