SANDAKAN: Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Joachim Gunsalam menyeru semua ahli PBS agar terus bekerjasama dengan semua rakan seperjuangan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) akan datang.
“Saya boleh katakan hampir setiap hari ada sahaja perkara baharu yang dilemparkan oleh pembangkang untuk memecahbelahkan perpaduan antara PBS, Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).
“Oleh itu kita harus bersatu dan bekerjasama. Jadi jangan terus percaya dengan setiap tomahan yang dilemparkan.
“Rujuklah kepada pucuk pimpinan iaitu Ketua Bahagian masing-masing.
“Ketua Bahagian pula kalau tidak pasti jangan sembarangan membuat atau mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat,” tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Tiga Bahagian iaitu PBS Bahagian Lamag, Sukau dan Sekong di Dewan Masyarakat Sandakan pada Sabtu.
Menyentuh mengenai kerjasama politik Joachim menegaskan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan tetap bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi PRN.
“Kalau bukan kerana sokongan Pakatan Harapan dalam peristiwa ‘Langkah Kinabalu’ pada 2023 kita mungkin berada di pihak pembangkang pada ketika ini.
“Justeru saya mohon kita semua berdoa agar segala urusan berjalan lancar dan yang terbaik, demi memastikan GRS terus menjadi kuasa politik dominan di Sabah,” tambahnya.