
Kota Kinabalu: Pendaftaran automatik pengundi berumur 18 tahun dan ke atas di Sabah perlu dikaji semula sehingga daftar pemilih negeri ini dibersihkan daripada pengundi meragukan.
Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Yee Moh Chai, dalam membuat gesaan itu, mendedahkan bahawa pendaftaran automatik pengundi perlu dikaji semula di Sabah kerana parti itu percaya daftar pemilih dicemari oleh pendatang haram yang memegang kad pengenalan palsu yang didaftarkan melalui Projek IC Sabah.
