
LAHAD DATU: Parti Bersatu Sabah (PBS) mengesahkan parti itu akan terus kekal dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Pemangku Presidennya, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, berkata bagaimanapun PBS terbuka untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana parti lain yang boleh memberi manfaat kepada rakyat atau pembangunan negeri.
“PBS sentiasa bersama GRS dan tiada haluan lain. Seperti yang dinyatakan oleh Pengerusi GRS, Datuk Seri Noor, kami bersedia untuk bergerak secara solo.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Upko kini bersama Pakatan Harapan (PH), manakala PBRS bersama Barisan Nasional (BN) dan PBS bersama GRS. Tetapi saya terbuka kepada sebarang idea kerjasama dengan Upko dan PBRS kerana kami komited untuk bekerjasama demi pembangunan dan perpaduan negeri ini,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Angkat Sumpah dan Penyerahan Surat Pelantikan Ahli Majlis Daerah Lahad Datu bagi penggal 2025-2027, pada Khamis.

