PBS perlu pendekatan baharu tawan pengundi muda: Joniston

Politics
9 Jul 2024 • 4:18 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mohd Nazllie Zainul

PUTATAN: Pendekatan baharu perlu dilaksanakan Parti Bersatu Sabah (PBS) sebagai usaha mendekati pengundi muda di negeri ini.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan PBS, Datuk Joniston Bangkuai berkata, belum terdapat indikator khusus dilakukan parti itu namun pemimpin tertinggi serta ahli sedia ada pastinya akan terus meyakinkan golongan berkenaan sehingga mampu menyatakan sokongan ke atas parti.

“Sudah tentu dengan undi 18, kita perlu memberi fokus kepada mereka.

“PBS adalah sebuah parti tertua di Sabah yang sudah bsrusia 39 tahun dan pengundi-pengundi muda ini seawal usia 18 tahun.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more “Oleh itu, penting bagi kita menjelaskan siapa dan apa itu PBS supaya anak-anak muda tahu halatuju perjuangan parti.

“Seperti saya nyatakan tadi, kita memperjuangkan hak-hak Sabah. Sebelum kemunculan PBS, rata-rata rakyat Sabah tidak tahu tentang perkara ini.

“Malahan PBS di label sebagai anti Persekutuan dan sebagainya, .tetapi sekarang kita boleh lihat semua parti memperkatakan tentang perlunya kita mempertahan dan perjauangkan hak-hak negeri ini.

“Kita harus maklumkan kepada pengundi-pengundi baharu ini supaya mereka memahami sejarah PBS dengan harapan mereka akan turut bersama dalam perjuangan kita di dalam parti,” katanya.

Joniston berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-39 PBS Bahagian Petagas dan Tanjung Keramat di Dewan Mini Kampung Pasir Puteh, Putatan pada Ahad.

Mengulas lanjut, Joniston menekankan kerjasama antara ahli veteran sedia ada dan golong muda.

Menurutnya, sinergi kedua-dua generasi harus seiring bagi memastikan PBS boleh dipacu ke arah lebih jauh dalam liga politik tempatan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.