
KENINGAU: Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) dan Pelepasan Banduan Secara Parol (ODP) Ihsan Madani ‘Kepulangan Yang Dinanti’ adalah usaha kerajaan, terutamanya Jabatan Penjara Malaysia, dalam memberikan peluang kepada prospek berusaha untuk berubah dan membina kehidupan baru.
Anggota Lembaga Hakim Pelawat Penjara Sekolah Henry Gurney (SHG) Datuk Jamawi Jaafar berkata, dalam erti kata lain, program ini bertujuan untuk memberikan keistimewaan kepada banduan atas alasan merapatkan hubungan kekeluargaan, mencari peluang pekerjaan, perancangan masa hadapan dan lain-lain perkara yang difikirkan wajar oleh pihak Jabatan Penjara Malaysia.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Saya difahamkan PBSL Ihsan Madani ‘Kepulangan Yang Dinanti’ melibatkan pelepasan banduan seluruh institusi Jabatan Penjara Malaysia pada hari ini,” katanya semasa merasmikan Program Pelepasan Banduan Secara Lesen dan Orang Yang Diparol Ihsan Madani “Kepulangan Yang Dinanti” Sempena Tahun Baharu Cina 2025 peringkat Sekolah Henry Gurney & Pusat Reintegrasi Penghuni Keningau Sabah, pada Khamis.
Pada program ini Sekolah Henry Gurney Keningau melepaskan 21 prospek di bawah PBSL dan ODP.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Mereka ini adalah antara prospek yang telah menjalani sekurang-kurangnya satu pertiga daripada tempoh hukuman di fasiliti itu, serta telah menjalani program pemulihan dalam tempoh tersebut untuk mengikuti Pemulihan Dalam Komuniti sehingga selesai baki hukumannya di luar fasiliti.
“Sempena Tahun Baharu Cina ini, tema kasih sayang dan pengampunan sangat relevan dengan maksud program ini.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Kita merai mereka yang akan kembali ke pangkuan keluarga dan komuniti, membawa harapan dan semangat baru untuk membina masa depan yang lebih baik,” jelasnya.
Jamawi berkata, kepulangan prospek ini bukan sahaja menjadi tanggungjawab diri sendiri tetapi juga tanggungjawab kita bersama sebagai masyarakat yang penyayang, menerima mereka dengan terbuka dan membantu mereka kembali berdiri di atas kaki sendiri.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Pada masa sama, Jamawi mengingatkan kepada prospek yang bakal dilepaskan agar sentiasa menghargai peluang kedua yang diberikan.
“Peluang ini hadiah yang sangat berharga. Jadikan kebebasan ini sebagai permulaan baru untuk anda membina masa depan yang lebih cerah. Anda telah melalui detik sukar, tetapi ini menjadi titik tolak ke arah kehidupan yang lebih baik,” katanya.
Katanya, apa yang berlaku dalam kehidupan prospek adalah pengajaran dan pengalaman tersebut panduan untuk tidak mengulangi kesilapan yang lalu.
“Setiap cabaran yang anda hadapi telah membentuk diri anda menjadi lebih kuat dan tabah. Sentiasa memanfaatkan sokongan yang diberikan, terutamanya oleh keluarga, komuniti dan agensi terlibat yang sedia membantu anda untuk bangkit semula. Jangan segan untuk mendapatkan bimbingan, pekerjaan atau kaunseling.
Anda tidak keseorangan dalam perjalanan ini,” katanya.
Tambahnya lagi, prospek perlu terus berubah dengan sedaya upaya dan penuh kesabaran serta sentiasa ingat, perubahan tidak berlaku dalam sekelip mata, tetapi setiap langkah kecil yang diambil kearah kebaikan adalah kemenangan besar.
Kehidupan baru, katanya, bukan sahaja untuk diri prospek tetapi juga untuk menjadi contoh kepada orang lain.
“Justeru itu tunjukkan bahawa perubahan adalah sesuatu yang boleh dicapai. Jadilah bukti bahawa dengan tekad dan usaha anda mampu bangkit dan menjadi lebih baik,” katanya.
Turut berucap dan memberi amanat, Pengarah Sekolah Henry Gurney Keningau Penolong Komisioner Sirajuddin Abdul Majid. Hadir sama, Timbalan Pengarah Bahagian Korektif Sekolah Henry Gurney Keningau Timbalan Penguasa Penjara Sharudin Tahir.
