PC Bawah RM2000 Diramalkan Pupus Menjelang 2028

TechnologyBusiness & Finance
3 Mar 2026 • 12:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Firma penyelidikan Gartner menerbitkan ramalan PC kelas permulaan yang dijual pada harga bawah $500 (~RM2000) akan pupus daripada pasaran menjelang 2028 disebabkan peningkatan kos memori global yang berterusan. Harga DRAM dan storan SSD diramal melonjak 130% menjelang penghujung 2026. Ini menyebabkan harga PC meningkat sehingga 17% dan telefon pintar pula 13% berbanding harga tahun 2025.

image is not available

Kos memori kini menyumbang 23% daripada kos bahan (BOM) PC baharu berbanding hanya 16% setahun lalu. Akibatnya, perniagaan sukar menyerap kos dan segmen PC mampu milik tidak lagi berbaloi untuk dijual. Gartner turut meramalkan pengeluaran PC global susut 10.4% tahun ini berbanding telefon pintar yang susut 8.4%.

Pengguna dan perniagaan dijangka menyimpan PC lebih lama meningkatkan risiko keselamatan kerana penggunaan perkakasan lama yang sukar diurus dan menerima tampalan sekuriti.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved