PC Dalam Papan Kekunci HP EliteBoard G1a Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM 5731

LocalTechnology
12 Jun 2026 • 3:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Di acara CES 2026 pada awal tahun ini, HP telah memperkenalkan sejumlah produk-produk perkomputeran produktiviti dan gaming baru, dimana antara produk-produk unik yang diperlihatkan ialah PC papan kekunci HP EliteBoard G1a.

Image from: PC Dalam Papan Kekunci HP EliteBoard G1a Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM 5731

Ia merupakan sebuah komputer yang hadir dalam rekabentuk sebuah papan kekunci, yang mana PC ini dikuasakan oleh cip pemprosesan AMD Ryzen AI 300 dengan pilihan memori LPDDR5X sebanyak 32GB dan storan SSD sebesar 2TB. Rekaan papan kekunci pula dilihat hadir lengkap dengan pad nombor di bahagian sisi, dengan dua palam USB Type-C di bahagian belakang untuk menghidupkan komputer riba ini dan untuk membolehkannya disambungkan ke palam paparan.

Image from: PC Dalam Papan Kekunci HP EliteBoard G1a Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM 5731

Terdapat pilihan menambah pengimbas cap cari untuk sistem biometri atau bateri 32W membolehkan ia beroperasi tanpa kabel kuasa untuk seketika. Papan kekuncinya juga mempunyai kalis percikan air untuk mengelakkan daripada komputer ini menjadi rosak sekiranya terdapat percikan air yang mengenai papan kekunci.

Image from: PC Dalam Papan Kekunci HP EliteBoard G1a Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM 5731

HP Malaysia mengumumkan bahawa HP EliteBoard G1a ini akan ditawarkan di pasaran Malaysia kelak pada harga RM5731 dengan konfigurasi CPU AMD Ryzen AI 5 Pro 340, 16GB memori LPDDR5 dan storan SSD PCIe 5.0 sebesar 512GB.

View Original Article