PdP Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris di Sabah masih dalam kajian

23 May 2024 • 4:28 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Hayati Dzulkifli

Kota Kinabalu: Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di Sabah masih dalam kajian.

Exco Pendidikan Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata perkara itu juga sudah dibawa ke peringkat kluster pendidikan dan kesihatan, termasuk mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada pihak lain.

“Ada keperluan untuk kita membuat kajian terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan memandangkan banyak faktor yang perlu diambil kira termasuk cabaran yang bakal kita hadapi selepas ini.

Sebagai contoh, dasar Kerajaan Persekutuan mengenai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) dan universiti semuanya berkaitan dengan Bahasa Melayu. Jadi ke mana anak-anak kita akan pergi selepas itu? Itu yang perlu kita pertimbangkan melalui kajian,” katanya.

SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more Dr Mohd Arifin, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, mengulas laporan media baru-baru ini bahawa Sarawak akan melaksanakan sepenuhnya pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris untuk sekolah menengahnya mulai 2026.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Seri Roland Sagah Wee In dilaporkan berkata pelaksanaan itu selepas kohort pertama pelajar sekolah rendah yang sebelum ini menggunakan bahasa Inggeris dalam dua mata pelajaran itu bermula dengan pelajar memasuki Tingkatan Satu.

Cadangan itu sebelum ini telah diluluskan Kementerian Pendidikan supaya sekolah menengah di Sarawak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar untuk mengajar mata pelajaran Matematik, Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik Tambahan.

Ia juga merupakan salah satu perkara yang dipersetujui dengan Kerajaan Persekutuan dalam penurunan kuasa autonomi pendidikan kepada Sarawak melalui rundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.