PDRM Buka 6 Kertas Siasatan Kesalahan Pasca PRU-15 Di Lima Negeri

22 Nov 2022 • 3:20 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Dalam kehangatan PRU Ke-15 sebelum ini, Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka enam kertas siasatan atas pelbagai kesalahan yang telah berlaku pada hari pengundian tersebut.

Kertas siasatan tersebut telah dibuka di lima buah negeri termasuk dua kertas siasatan di Kelantan dan satu kertas siasatan masing-masing di Perak, Melaka, Sabah dan Johor.

Kesalahan Akta Komunikasi

image is not available

Pengarah Operasi PRU-15 PDRM, Datuk Seri Hazani Ghazali memberitahu salah satu kes yang diterima oleh pihaknya adalah berikutan penularan rakaman video seorang lelaki yang tular di WhatsApp.

Dalam rakaman video itu, lelaki berkenaan menyatakan Masjid Tangkak akan diroboh dengan orang Islam menjadi kafir dan biar habis orang Islam. – Hazani

Hazani juga memaklumkan bahawa pihak polis telah menerima sebanyak 3,483 laporan sejak tempoh 4 November yang lalu hingga semalam.

Daripada jumlah itu, sebanyak 515 kertas siasatan dibuka dan 180 kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. – Hazani

Kertas-kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 298/505 (b) Kanun Keseksaan. Siasatan juga dijalankan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 serta Akta Kesalahan Pilihan Raya (AKPR) 1954.

Kredit: Buletin TV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media