
PDRM Buka Kaunter Saman di Axiata Arena, 1 Mei Ini
KUALA LUMPUR — Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kaunter pembayaran saman dengan pengurangan sehingga 50 peratus bersempena Karnival Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2025 pada 1 Mei 2025, Khamis ini.
Menurut perkongsian Kementerian Sumber Manusia dalan hantaran, kaunter bayaran pengurangan kadar saman PDRM akan dibuka seawal jam 8 pagi hingga jam 4 petang bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Sehubungan itu, orang ramai digalakkan untuk membuat semakan awal saman yang dimiliki terlebih dahulu menerusi portal dan aplikasi MyBayar PDRM, sebelum hadir ke kaunter bayaran saman bagi mengelakkan kesesakan dan melancarkan proses pembayaran saman.
“Jangan lepaskan peluang untuk selesaikan saman anda dengan kadar diskaun yang menarik.
“Datang beramai-ramai, sambil bayar saman, sambil enjoy aktiviti menarik di karnival.
“Jom ramai-ramai ke Karnival Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2025 dengan tema Pekerja KESUMA Bangsa,” maklum kenyataan itu.
Untuk maklumat lanjut, imbas kos QR pada poster atau layari pautan https://www.mohr.gov.my/haripekerja/.
https://x.com/mykesuma/status/1916728741922750817
Sumber: Kementerian Sumber Manusia
The post PDRM Buka Kaunter Saman di Axiata Arena, 1 Mei Ini appeared first on Siakap Keli.



