PDRM Dalang Di Sebalik 'Troll Pembangkang'? Meta Dakwa Wujud CIB

Technology
5 Aug 2022 • 3:20 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Quarterly Adversarial Threat Report, Meta mendakwa hampir 1,000 akaun Facebook dan Instagram, selain kumpulan serta halaman Facebook, dipadam kerana melanggar dasar platform terhadap ‘tingkah laku tidak sahih yang diselaraskan’ (CIB). - Gambar AFP

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) didakwa menggiatkan usaha bagi mempromosi gabungan kerajaan hari ini dan mengkritik pembangkang, kata syarikat teknologi, Meta.

Dalam Quarterly Adversarial Threat Report, Meta mendakwa hampir 1,000 akaun Facebook dan Instagram, selain kumpulan serta halaman Facebook, dipadam kerana melanggar dasar platform terhadap ‘tingkah laku tidak sahih yang diselaraskan’ (CIB).

Meta menyifatkan tingkah laku tersebut sebagai menggunakan akaun palsu yang diselaraskan untuk memanipulasi perdebatan awam bagi matlamat strategik.

Menurut laporan itu, rangkaian terbabit terdiri daripada sekurang-kurangnya 596 akaun, 180 halaman dan 11 kumpulan daripada Facebook serta 72 akaun Instagram, dengan jumlah keseluruhan hampir setengah juta pengikut.

Rangkaian itu aktif di Facebook, TikTok, Twitter dan Instagram dan ‘menyiarkan meme dalam bahasa Melayu untuk menyokong gabungan kerajaan semasa dengan dakwaan berlaku rasuah dalam kalangan pengkritiknya'.

Di Facebook khususnya, rangkaian itu mengendalikan laman yang berperanan sebagai entiti berita bebas dan ‘mempromosikan polis sambil mengkritik pembangkang’.

Laporan itu juga mendapati kira-kira AS$6,000 (RM26,739) dibelanjakan untuk pengiklanan di Facebook dan Instagram. – The Vibes, 5 Ogos 2022

View Original Article