

PRO-NET, anak syarikat PROTON, telah menyerahkan tiga unit kenderaan Proton e.MAS kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman, baru-baru ini.
Langkah ini bertujuan menyokong organisasi keselamatan itu menilai sendiri kebolehgunaan kenderaan elektrik dalam tugasan operasi harian.
Majlis penyerahan tersebut disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dtuk Abdul Rashid bin Musa kepada Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi PDRM, CP Datuk Redzuan bin Abd Hamid.


Tiga model yang terlibat dalam penilaian ini ialah Proton e.MAS 5 Premium, Proton e.MAS 7 Premium, dan Proton e.MAS 7 PHEV Premium Plus. Pemilihan pelbagai varian ini membolehkan pihak PDRM merasai sendiri perbezaan sistem pacuan serta menilai aspek praktikaliti dan keperluan pengecasan dalam situasi sebenar.
Bagi melancarkan proses ini, Gentari turut menyediakan kemudahan pengecasan percuma untuk kesemua kenderaan terbabit sepanjang tempoh penilaian berlangsung.



