PDRM Kemaskini Laman SemakMule – Memudahkan Anda Menyemak Akaun Penipu 

Digital
25 Aug 2025 • 6:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Polis Diraja Malaysia sedia menawarkan laman SemakMule sejak beberapa tahun yang lepas, dalam usaha memudahkan para pengguna menyemak akaun penipu atau sesiapa, dan mengenal-pasti sama ada terdapat sebarang laporan ke atas nombor berkenaan atau sebaliknya. Kini, selepas beroperasi sekian lama, laman SemakMule diberikan nafas baharu.

image is not available

Melalui rekaan baharu ini, ia memaparkan paparan dengan lebih besar, dan akan memudahkan pengguna berusia dalam menggunakannya. Seperti sebelum ini, pengguna boleh lakukan carian berasaskan kepada nombor telefon, nombor akaun bank atau nama syarikat. Sebaik sahaja carian dilakukan, ia akan memaparkan sama ada terdapat sebarang laporan ke atas akaun berkenaan atau sebaliknya.

Tidak setakat itu, kini laman SemakMule turut memaparkan senarai 10 nombor akaun bank dan nombor telefon dengan angka laporan tertinggi untuk tempoh sebulan. Mengikut laman SemakMule, terdapat lebih 221,318 nombor telefon penipu telah direkodkan, selain 279,992 nombor akaun bank penipu yang telah direkodkan.

image is not available

image is not available

Pihak PDRM juga turut mempromosikan aplikasi Whoscall melalui laman SemakMule, dalam usaha memudahkan pengguna mengenal-pasti penipu.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman SemakMule hari ini, dan menggunakannya dalam mengenal-pasti penipu atau scammer.

View Original Article