PDRM nafi tawar khidmat bantu mangsa tipu dapatkan semula wang

LocalPolitics
17 May 2025 • 8:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

image is not available

KUALA LUMPUR, 17 MEI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan terbabit dengan iklan melalui media sosial yang menawarkan perkhidmatan mendapatkan semula wang telah ditipu.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Hasbullah Ali berkata pihaknya mengesan hantaran iklan itu menerusi Facebook yang memaparkan logo PDRM serta menggunakan perkataan “Royal Malaysia Police, Commercial Crime Investigation Department (CCID)”.

“Pihak JSJK PDRM tidak mempunyai sebarang kaitan dengan iklan tersebut dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah palsu serta satu cubaan penipuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menasihati orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan tidak terperdaya dengan tawaran yang diberikan.

— BERNAMA