
RANAU: Pegawai serta anggota PDRM di sini perlu sentiasa tabah dalam menjalankan tugas walaupun menghadapi pelbagai halangan ketika bertugas di lapangan, kata Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Simiun Lomudin.
Katanya, pencapaian cemerlang warga PDRM Ranau sepanjang 2022 perlu dikekalkan walaupun ketika itu berdepan cabaran menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.
“Apa jua cabaran yang kita hadapi, jadikan ia sebagai pemangkin untuk terus komited melaksanakan tanggungjawab sebagai pegawai polis. Kekalkan tahap disiplin dan sentiasa mempamerkan prestasi kerja yang membanggakan semua pihak,” katanya.



