PDRM Rekodkan 41 Kes Penipuan Tiket Konsert BTS Menyebabkan Kerugian Hampir RM100,000

LocalEntertainment
9 Jun 2026 • 3:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kumpulan K-Pop popular BTS akan mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada 12 dan 13 Disember depan. Permintaan untuk tiket sangat tinggi sehingga ramai peminat sanggup membayar nilai yang besar untuk mendapatkan tiket menerusi pasaran sekunder.

Image from: PDRM Rekodkan 41 Kes Penipuan Tiket Konsert BTS Menyebabkan Kerugian Hampir RM100,000

Namun begitu pihak Polis Diraja Malaysia mengatakan setakat uni 41 kes penipuan tiket konsert BTS telah direkodkan dengan kerugian mencecah RM 95,974.81. Mangsa ditawarkan tiket palsu sebelum jualan rasmi bermula dalam kategori VIP, Soundcheck, dan Priority Access yang tidak wujud atau tidak sah.

Peminat yang tidak mahu terlepas menonton BTS tidak menerima tiket yang dijanjikan selepas pembayaran dilakukan. Apabila menyedari mereka telah ditipu, individu yang menjual tiket tidak lagi dapat dikesan.

Pihak PDRAM memberi peringatan kepada orang ramai supaya membeli tiket hanya menerusi saluran rasmi atau ejen bertauliah Elakkan membeli daripada individu di media sosial, terutama yang mendakwa mempunyai akses dalaman. Semak terlebih dahulu nombor akaun dan nombor telefon melalui laman/aplikasi Semak Mule sebelum melakukan transaksi. Jika disyaki ditipu, hubungi NSRC (997) segera.

Sumber – NST

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved