PDRM Sedang Lengkapkan Kertas Siasatan Buku Tommy Thomas

29 Oct 2022 • 12:49 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang dalam tindakan melengkapkan kertas siasatan berkaitan buku 'My Story: Justice in Wilderness' karya bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas - Gambar Fail

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang dalam tindakan melengkapkan kertas siasatan berkaitan buku My Story: Justice in Wilderness karya bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata kertas siasatan telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dan diterima semula pada 25 Oktober lepas dengan arahan agar beberapa tindakan lanjut diambil bagi melengkapkan siasatan. 

“PDRM sedang dalam tindakan melengkapkan siasatan sepertimana arahan dan kertas siasatan akan segera dirujuk ke Pejabat Peguam Negara untuk nasihat dan arahan lanjut,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Sebelum ini,  PDRM selesai merakam keterangan Thomas berhubung buku itu.

Karya Thomas diterbitkan pada Januari 2021 dan penuh dengan pelbagai kontroversi menyebabkan Kabinet pada 8 Oktober tahun sama menubuhkan pasukan petugas khas untuk menjalankan kajian awalan berhubung pendedahan yang terkandung dalam buku itu.

Pada 13 Oktober lepas, kerajaan menyahklasifikasi laporan pasukan petugas khas itu yang antara lain mengesyorkan supaya Thomas disiasat atas kemungkinan melakukan pelbagai kesalahan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved