PDRM Serah 2 Suspek Paling Dikehendaki Kepada Taiwan

29 Apr 2023 • 12:20 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Acryl Sani Abdullah Sani - Gambar fail

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menyerahkan dua suspek warga Taiwan kepada wakil polis negara berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam, bagi dihantar pulang ke sana.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kedua-dua individu itu dikehendaki polis Taiwan susulan disyaki terbabit dengan kes tembakan di negara berkenaan.

Menurutnya, suspek terbabit juga dipercayai ahli kongsi gelap dan anggota sindiket scammer di Taiwan.

“Kedua-dua suspek itu ditahan pada 20 April lalu oleh Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman. 

“Mereka ditahan pihak polis ketika memasuki negara ini melalui penerbangan dari Taiwan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Acryl Sani berkata, suspek tersebut ditangkap selepas waran dikeluarkan pihak berkuasa Taiwan dan pembatalan pasport dibuat kerajaan negara berkenaan.

Jelasnya, tangkapan kedua-dua suspek dibuat di bawah Akta Imigresen 1959/63 ketika tiba di balai ketibaan KLIA.

“Tangkapan dilakukan itu merupakan hasil kerjasama antara PDRM dengan pihak berkuasa Taiwan. 

“Koloborasi akan diteruskan untuk mengenal pasti rangkaian jenayah berkait dengan kedua-dua suspek di Malaysia,” katanya. - Getaran, 28 April 2023.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved