PDRM siasat dakwaan kumpulan jenayah Nigeria di Malaysia

17 Nov 2026 • 12:30 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: PDRM siasat dakwaan kumpulan jenayah Nigeria di Malaysia

Hantaran media sosial dakwa Vikings dari Nigeria bertapak di Malaysia dan anggotanya masuk guna visa pelajar; polis masih sahkan maklumat itu.

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan bagi mengesahkan kesahihan dakwaan bahawa terdapat kegiatan organisasi jenayah terancang dari Nigeria dikenali sebagai De Norsemen Kclub International (DNKI) atau Vikings di Malaysia.

Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Mohd Sukri Kaman berkata siasatan masih dijalankan bagi mendapatkan pengesahan berhubung maklumat berkenaan.

“Untuk makluman, pihak kami masih menjalankan siasatan bagi mengesahkan kesahihan maklumat tersebut.

“Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dakwaan mengenai kumpulan itu menjadi perhatian susulan satu hantaran di media sosial yang mendakwa organisasi itu kini bertapak di Malaysia.

Hantaran itu turut mendakwa sebahagian anggota kumpulan berkenaan memasuki Malaysia menggunakan visa pelajar sebelum direkrut menjadi ahli, selain mengaitkan kegiatan mereka dengan beberapa aktiviti mencurigakan termasuk perhimpunan yang memaparkan logo dan simbol kumpulan berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved