PDRM Terima Laporan Kes Kehilangan Nadia Kesuma

LocalEntertainment
17 Jan 2026 • 9:17 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

PDRM Terima Laporan Kes Kehilangan Nadia Kesuma

SEPANG, 17 Jan (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan berhubung kes kehilangan pelakon Nadia Kesuma yang dilaporkan gagal dikesan di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah di Arab Saudi pada Khamis lepas.

Laporan polis tentang kehilangan Nadia Kesuma atau nama sebenarnya Nadia Kasumawati Abdul Karim dibuat oleh ahli keluarganya di Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah KLIA ACP M. Ravi ketika dihubungi Bernama berkata siasatan lanjut sedang dilakukan.

BACA: Nadia Kesuma Gagal Dikesan Lepas Tiba Di Jeddah

Media melaporkan pelakon filem Syaitan Munafik itu dilaporkan gagal dikesan selepas penerbangannya ke London dari Kuala Lumpur sedang transit sementara di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah pada Khamis.

Kehilangan itu turut disahkan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) semalam.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung Seniman Hafiz Nafiah berkata beliau secara peribadi telah memaklumkan perkara terbabit kepada Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan bagi membolehkan tindakan segera diambil untuk menjejaki pelakon berkenaan.

Sumber: BERNAMA

The post PDRM Terima Laporan Kes Kehilangan Nadia Kesuma appeared first on Siakap Keli.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved