PDRM tingkatkan kawalan keselamatan seluruh negara sempena TMM2026

LocalTravel
4 Jan 2026 • 10:56 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

Polis Diraja Malaysia pertingkatkan kawalan keselamatan di seluruh negara bagi menyokong Tahun Melawat Malaysia 2026, kata Timbalan Ketua Polis Negara

GEORGE TOWN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkatkan kawalan keselamatan di seluruh negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata langkah itu adalah sebahagian daripada rutin operasi polis untuk musim perayaan atau acara besar.

“Setiap kali musim perayaan seperti tahun baharu, memang kawalan keselamatan akan ditingkatkan, tambahan pula tahun ini ialah Tahun Melawat Malaysia, jadi ia memang sebahagian daripada rutin operasi,” katanya.

Beliau memberi jaminan orang ramai tidak perlu bimbang kerana isu keselamatan sentiasa dipantau.

Ayob Khan berkata demikian kepada pemberita selepas acara kayuhan basikal PDRM Penang International 2nd Bridge Solidarity Fun Ride 2026 di Queensbay.

Pelepasan rasmi kayuhan disempurnakan oleh Yang Dipertua Pulau Pinang Tun Ramli Ngah Talib malam tadi.

Acara itu disaksikan Ketua Menteri Chow Kon Yeow dan pegawai polis kanan.

TMM2026 secara rasminya bermula pada 1 Januari menerusi Visit Malaysia Countdown Festival 2026.

Kempen pelancongan itu berteraskan lima tonggak utama termasuk kelestarian dan warisan budaya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved