PDRM umum pertukaran empat pegawai kanan

12 Mar 2024 • 8:24 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Ketua Urusetia Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman ACP Azman Shari’at dilantik sebagai Ketua Polis Daerah KLIA berkuat kuasa 15 April ini.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Alzafny Ahmad menerusi kenyataan hari ini memaklumkan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin bakal mengisi jawatan yang dikosongkan Azman.

Beliau berkata pelantikan itu merupakan sebahagian daripada pertukaran membabitkan empat pegawai kanan PDRM di seluruh negara berkuat kuasa tarikh yang sama.

Turut bertukar ialah Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor yang dilantik sebagai Penolong Pengarah Siasatan dan Pemantauan, Bahagian Kawalan Kredit Komuniti, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan di Putrajaya.

Pertukaran turut melibatkan Penolong Pengarah Perkhidmatan (Rekod Personel) Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman ACP Mohamad Lazim Ismail yang dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Wangsa Maju. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved