Cravings Mampu Buat Sesiapa Saja Hilang Akal – Termasuklah Personaliti Terkenal! Tiada Siapa Selamat Bila Godaan Makanan Datang!
Korang dah dengar belum?! Seluruh Malaysia kini tengah hangat berbisik pasal satu momen BIZARRE yang berlaku kat ERA FM semalam. Siaran live tiba-tiba menangkap perbualan DJ Petang Era, Muna, Der dan Haziq yang tak sedar pun mereka masih didengari oleh peminat bila diorang mula bincang pasal cravings dan nak makan apa malam tu. Yang lagi pelik, Haziq boleh hilang jer dari studio tengah tengah live.
Ya ampun, apa cerita ni?!
GEMPAK dah hidu cerita panas ni, dan kami tak sabar nak tumpahkan teh semua! Fuh, macam kawan korang yang dengar gosip paling latest, kami excited nak share setiap inci cerita ni. Stay tuned, sebab ni memang MESTI BACA!
Puncanya... Glitch On-Air Gara-Gara Craving Yang Tak Mampu Ditunggu!
Okay, take a deep breath. Ini dia puncanya yang bakal buat korang terlopong. Kisah bermula bila Haziq, penyampai radio kesayangan kita, tiba-tiba lesap dari studio ketika siaran live Petang ERA tengah rancak! Bayangkan, tengah syok-syok sembang, dia hilang macam tu je! Tergamam habis Muna dengan Der, kawan-kawan on-air dia, nak cover macam mana tu?
Yang buat semua orang terkejut beruk, rupanya Haziq tu bukan cabut sebab sakit perut ke, apa ke... tapi sebab dia DITELAN CRAVING yang tak boleh bawak bincang! Ya ampun, Haziq sanggup tinggalkan kerusi panas dia, live on-air pulak tu, semata-mata sebab dia teringat nak makan pizza dan kru Era pulak tengah syok buat pizza party kat luar studio depan Haziq, Muna dan Der tu. Agak gila benda ni boleh terjadi sewaktu siaran. Tapi dalam hati, kita semua faham sangat, kan?
Ini memang cerita yang akan jadi legend, Haziq sempat lagi bawak balik pizza masuk studio lepas tu! Fuh, memang power betul penangan craving dia. Korang rasa okay ke kalau layan craving sampai sanggup buat kerja gila macam tu masa tengah bekerja? Ke memang kita semua patut faham je, sebab craving ni bukan boleh dibawa main?
On-air boleh tunggu. Craving... cannot!
Bukan Setakat Netizen, KOLs Pun Dah Bagi Reaksi Padu!
Insiden Haziq ni memang tak disangka-sangka, sampai ke telinga para KOLs dan influencers terkenal negara. Macam lipas kudung, masing-masing tak melepaskan peluang untuk beri komen, buat video reaksi, malah ada yang siap kongsi pengalaman craving sendiri yang tak kurang hebatnya! Dari Instagram ke TikTok, Haziq dan craving dia dah jadi content utama!
Azfar Heri pun tak sempat nak keringkan rambut, sebab terkejut sangat!
Zakwan sikit lagi nak tersembur teh ais dia
Dalam pada terkejut tuh, KOLs pun faham dengan tindakan Haziq.
Huelera cakap kalau dia pun mungkin buat benda yang sama
Atisya pulak … sambil mekap pun boleh berhenti…nak dengar pasal craving punya pasal
Ramai jugak netizens yang bersimpati dan ada pulak yang akui, "Eh, aku pun macam ni jugak!"
Reaksi mereka membuktikan, craving memang power, tak kira pangkat dan status!
Kami Nak Dengar Dari Korang! Pernah tak korang tinggalkan sesuatu yang penting gila-gila sebab tiba-tiba craving datang menyerang, tak kira masa? Kongsikan lah cerita korang kat komen, jangan malu-malu! Mari kita tengok siapa lagi yang sanggup buat benda luar biasa demi sekeping pizza atau semangkuk mee kari!
