Pecah Kereta Teresa Kok Di Taman Rekreasi, Suspek Kini Diburu Polis

LocalPolitics
23 Feb 2026 • 11:16 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Polis sedang giat mengesan individu yang disyaki terlibat dalam kejadian pecah masuk kenderaan membabitkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok di parkir Taman Persekutuan Bukit Kiara, Kuala Lumpur semalam.

Menurut laporan Kosmo! Online, Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Ahmad Firdaus Mustaffa Kamal memaklumkan, pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu pada jam 7.49 malam.

image is not available

Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku antara jam 6.15 petang hingga 7 malam ketika mangsa meninggalkan keretanya di kawasan parkir untuk bersenam di taman rekreasi tersebut.

“Pengadu meletakkan kereta dalam keadaan berkunci di petak parkir. Bagaimanapun, selepas selesai bersenam, beliau mendapati cermin hadapan sebelah kiri telah dipecahkan.
“Beg tangan yang mengandungi dokumen peribadi, telefon bimbit dan wang tunai turut didapati hilang dan kerugian dianggarkan sebanyak RM6,500,” katanya hari ini.

image is not available

Ahmad Firdaus berkata, pasukan operasi kini giat menjalankan siasatan termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian bagi membantu mengesan dan mengenal pasti suspek, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

image is not available

Terdahulu, media melaporkan Teresa Kok mengalami kerugian dianggarkan kira-kira RM2,000 selepas kenderaannya dipecah dalam kejadian sekitar jam 6.15 petang ketika beliau keluar berjoging sebaik hujan lebat reda.

Sumber: Kosmo! Online (Mohd. Fahmi Ismail)

The post Pecah Kereta Teresa Kok Di Taman Rekreasi, Suspek Kini Diburu Polis appeared first on Borak Daily.