Pecah masuk bengkel: Mekanik ditahan di Tawau

15 Feb 2025 • 5:44 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Polis memberkas seorang mekanik, 28, yang disyaki terlibat kes pecah masuk bengkel di Jalan Bukit Kukusan sehingga rugi RM40,000 pada 21 Januari lepas.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, suspek warga tempatan itu diberkas di sebuah pondok di Jalan Tanjung Batu sekitar jam 10.30 malam, pada Khamis.

AdvertisementMenurutnya, suspek ditahan dalam operasi oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), IPD Tawau hasil risikan dan operasi.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek dipercayai memecah masuk ke bengkel tersebut dan melarikan pelbagai peralatan serta barang berharga.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Antara barang yang dilarikan, termasuk satu unit enjin Yamaha 15 kuasa kuda, komponen kenderaan dan alat elektrik bengkel, dianggarkan bernilai RM40,000,” katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

AdvertisementJasmin berkata, hasil semakan rekod lampau mendapati suspek itu mempunyai lapan rekod berkaitan jenayah dan dadah.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah keselamatan bagi mengelak menjadi mangsa jenayah.

AdvertisementBeliau turut menyeru masyarakat yang mempunyai maklumat berkaitan kes jenayah agar menyalurkannya kepada pihak berkuasa bagi membolehkan tindakan susulan dilakukan.