Pecah Rekod Baharu, BLACKPINK Raih 300 Juta Penstriman Di ‘Spotify’ Dengan ‘Forever Young’

Music
6 Oct 2023 • 12:03 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

BLACKPINK kembali dengan rekod baharu?

Siapa sahaja yang tidak mengenali BLACKPINK? sebut sahaja nama kumpulan itu mesti ramai yang mengenali mereka. Malah, lagu yang dikeluarkan oleh kumpulan itu juga digemari oleh ramai orang tanpa mengira negara serta usia.

BLACKPINK yang baru sahaja menamatkan konsert jelajah dunia mereka pada baru-baru ini sekali lagi telah mencipta rekod baharu dimana salah satu lagu hit mereka iaitu “Forever Young” telah meraih lebih daripada 300 Juta penstriman di Spotify sekaligus mencipta rekod baharu bagi kumpulan wanita.

Rekod yang terlebih dahulu dicipta oleh LITTLE MIX telah ‘dirampas’ oleh BLACKPINK apabila “Forever Young” menjadi lagu ke-15 mereka yang meraih 300 juta penstriman berbanding dengan LITTLE MIX yang hanya mempunyai 7 buah lagu yang meraih angka itu di Spotify.

image is not available

Tahniah BLACKPINK sebab dah berjaya cipta rekod baru dalam sejarah kumpulan wanita !!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.