Pecut Laju & Disyaki Hilang Kawalan, Dua Maut Dilanggar Tesla

Cars
14 Nov 2022 • 10:03 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Disyaki Hilang Kawalan, Dua Maut Dilanggar Tesla

Sebuah kenderaan elektrik Tesla disyaki hilang kawalan apabila ia memecut tanpa sebab hingga menyebabkan dua kematian sebelum merempuh bangunan dalam kejadian di China baru-baru ini, lapor Daily Mail.

Menurut polis, punca kejadian masih belum dikenal pasti dan insiden itu telah meragut nyawa seorang penunggang motosikal dan seorang gadis sekolah menengah.

Keluarga pemandu berusia 55 tahun tersebut memaklumkan, kereta tersebut disyaki hilang kawalan setelah pedal brek yang dipijak tidak bertindak balas ketika ia berhenti di depan kedai mereka.

Seperti yang tular di media sosial, Tesla model Y berwarna putih berkenaan kelihatan tiba-tiba memecut selepas pemandunya sedang cuba meletakkan kenderaan itu di petak parkir.

Kereta yang bergerak laju itu serta-merta merempuh seorang individu yang menaiki skuter bermotor, di mana pemandu terbabit pada awalnya cuba mengelak daripada terlanggarnya sebelum terluncur ke jalan raya.

Tesla yang memecut pada kelajuan berbahaya itu melalui jalan-jalan bandar yang sibuk hingga terlanggar dua penunggang skuter dengan ganas.

Namun malangnya, Tesla sekali lagi terempuh sebuah trak kecil hingga serpihan pelanggaran berterbangan ke arah kedua-dua penunggang basikal berkenaan.

Elon Musk bantu siasatan polis

Sementara itu pemilik Tesla, Elon Musk berkata pada Ahad, pihaknya akan membantu polis China menyiasat punca berlakunya kejadian nahas itu.

“Polis kini sedang mencari agensi penilai pihak ketiga untuk mengenal pasti kebenaran di sebalik kemalangan ini dan kami akan giat menyediakan sebarang bantuan yang diperlukan,” katanya.

Tesla berkata video menunjukkan bahawa lampu brek kereta tidak menyala ketika ia dipandu laju dan data menunjukkan pemandu tidak memijak pedal brek sepanjang perjalanan.

Difahamkan, China ialah pasaran kedua terbesar Tesla dan kemalangan itu adalah antara topik teratas di platform media sosial Weibo pada Ahad.

Sebelum ini, Tesla juga pernah mengalami dakwaan mengenai kegagalan brek yang berlaku hingga menyebabkan kemalangan berlaku di China.

Sumber: Daily Mail