Pedang cahaya Star Wars dilelong hampir AS$5 juta

EntertainmentMovie
13 Nov 2026 • 8:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pedang cahaya Star Wars dilelong hampir AS$5 juta
Pedang cahaya itu digunakan oleh Darth Vader, watak penjahat ikonik yang dilakonkan oleh David Prowse, dalam dua filem iaitu The Empire Strikes Back dan Return of the Jedi.

WASHINGTON - Sebilah pedang cahaya (lightsabre) daripada siri filem Star Wars dijual pada harga hampir AS$5 juta dalam satu lelongan di Amerika Syarikat (AS), lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik kenyataan akhbar Heritage Auctions pada Khamis.

Menurut rumah lelongan itu, harga berkenaan merupakan yang tertinggi pernah dicatatkan di seluruh dunia bagi barangan prop daripada filem Star Wars.

Pedang cahaya itu digunakan oleh Darth Vader, watak penjahat ikonik yang dilakonkan oleh David Prowse, dalam dua filem iaitu The Empire Strikes Back (1980) dan Return of the Jedi (1983).

Menurut rumah lelongan itu, pedang berkenaan mempunyai kesan penggunaan yang jelas, termasuk bahagian yang koyak dan calar, membuktikan bahawa ia pernah digunakan di lokasi penggambaran.

Star Wars, hasil ciptaan penulis skrip, penerbit dan pengarah George Lucas, merupakan antara siri filem paling berjaya dalam sejarah perfileman.

Filem pertama dalam siri berkenaan, Star Wars: Episode IV - A New Hope, mula ditayangkan di pawagam pada 1977. - Bernama-dpa

 

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved