“Pedas Tapi Sedap” – Sampai Minta Nasi, Reaksi Lisa BP Makan ‘Rendang Daging’ Tular

LocalEntertainment
18 Nov 2024 • 12:15 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Baru-baru ini, Lisa BLACKPINK telah mengadakan acara perjumpaan peminat, yang berlangsung di Jakarta, Indonesia.

Selain mempersembahkan lagu solo hitnya, Lisa juga turut berpeluang untuk menikmati ‘Rendang Daging’, iaitu salah satu makanan tradisi di sana.

Sebelum makan, wanita itu sempat bertanya,

Takde nasi? Oh, baunya sedap.

Selepas satu suap, Lisa akui bahawa ianya sedikit pedas. Namun, dia tetap meneruskan dengan mengambil suapan yang seterusnya.

Pujinya,

Ini lada hitam kan? Rasa pesnya sungguh kuat. Ia sangat sedap.

Boleh sambut raya sekali ni Lisa!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.