Pegang Beg Tak Lepas, Cubaan Ragut Awek Baju Kelawar Gagal, Nasib Ada Rider Grab!

23 Aug 2022 • 11:30 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Viral di media sosial rakaman video memaparkan dua orang lelaki cuba meragut pejalan kaki di hadapan Menara Felda FGV.

Dalam rakaman itu, kelihatan dua orang lelaki yang menunggang motosikal bergelut cuba melarikan beg tangan mangsa.

Nasib baiklah, ada abang Grab yang bertindak cepat dengan merempuh motosikal peragut sehingga mereka terjatuh. Selepas itu, kelihatan dua kenderaan lain turut berhenti untuk membantu mangsa.

Berdasarkan rakaman video kamera litar tertutup (CCTV), kejadian berlaku pada 21 Ogos lalu kira-kira jam 8.22 malam.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata memuji keberanian abang Grab dan orang awam yang pantas membantu.

Tak kurang juga yang kagum melihat mangsa cuba mempertahankan barangan peribadinya meskipun berdepan risiko kecederaan.

image is not available

image is not available

image is not available

Kredit: Ronel Rekk

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved