Pegangan Pasaran Telefon Pintar Samsung Pada Q1 2023 Hanya 1% Lebih Besar Berbanding Apple

TechnologyDigital
5 May 2023 • 6:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pengeluaran telefon pintar pada tahun 2023 masih menunjukkan trend penurunan disebabkan oleh faktor ekonomi yang masih belum pulih akibat Covid. Kesemua pengeluar telefon pintar global tejejas disebabkan kurangnya permintaan di pasaran. Menurut laporan terkini Counterpoint, pada Q1 2023 Samsung masih lagi pengeluar telefon pintar dengan pengangan pasaran terbesar tetapi semakin hampir dipintas Apple.

image is not available

Samsung mengeluarkan 60.6 juta telefon pintar diikuti oleh Apple (58 juta), Xiaomi (30.5%), Oppo (28 juta) dan Vivo (20.8 juta). Perbezaan pengeluaran telefon pintar antara Samsung dan Apple hanyalah 1% sahaja. Apabila dibandingkan dengan suku sama tahun lalu, Samsung mencatatkan penyusutan pengeluaran -19% yang juga kedua terburuk selepas Xiaomi yang menyusut -22%.

Secara keseluruhan pengeluaran telefon pintar pada Q1 2023 turun 14% berbanding Q1 2022. Laporan Counterpoint selari dengan laporan Canalys sebelum ini yang juga menujukan Samsung di tempat pertama tetapi diikuti dengan hampir oleh Appple.