Pegangan Saham Azam Baki Kembali Dipersoal, Laporan Dedah Miliki 17.7 Juta Saham Velocity Capital

LocalPolitics
10 Feb 2026 • 1:36 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, sekali lagi menjadi tumpuan susulan pendedahan terbaharu mengenai portfolio pegangan sahamnya  isu yang sebelum ini pernah mencetuskan gesaan supaya beliau disingkirkan daripada jawatan tertinggi agensi antirasuah negara itu.

Menurut laporan Bloomberg hari ini, Azam didakwa memiliki sebanyak 17.7 juta saham dalam syarikat perkhidmatan kewangan Velocity Capital Partners Berhad, bersamaan kira-kira 1.7 peratus pegangan dalam syarikat berkenaan.

Advertisement

image is not available

Perkara itu turut disahkan oleh Malaysiakini menerusi semakan rekod di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Berdasarkan harga pembukaan dagangan hari ini, nilai keseluruhan saham tersebut dianggarkan hampir RM800,000  jauh melebihi had RM100,000 yang dibenarkan kepada penjawat awam untuk memiliki saham dalam mana-mana satu syarikat.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bila Azam memperoleh saham berkenaan. Semakan terhadap sejarah harga saham Velocity Capital Partners di Bursa Malaysia menunjukkan nilainya relatif tidak banyak berubah sejak Ogos 2022, sekitar RM0.045 sesaham, namun pernah mencatatkan paras tertinggi hampir RM1.50 sesaham pada April 2019.

Azam bagaimanapun enggan mengulas lanjut apabila dihubungi Malaysiakini berhubung pendedahan tersebut.

image is not available

Isu pemilikan saham bukan kali pertama melibatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu. Pada hujung 2021, Azam turut menjadi perhatian umum selepas didedahkan memiliki 1,930,000 saham dalam Gets Global Berhad (sebelum ini dikenali sebagai KBES Berhad) pada 30 April 2015, dengan nilai dianggarkan sekitar RM772,000 ketika itu.

Pegangan tersebut kemudiannya berkurangan kepada 1,029,500 saham pada 31 Mac 2016, bernilai kira-kira RM340,000. Selain itu, Azam juga dilaporkan memiliki 2,156,000 waran dalam Excel Force MSC Berhad pada Mac 2016.

Kesemua urus niaga tersebut berlaku ketika peraturan had pembelian saham RM100,000 bagi penjawat awam telah pun berkuat kuasa.

Pada Januari 2022, Azam menjelaskan bahawa beliau telah memaklumkan perkara tersebut kepada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM, dengan mendakwa saham berkenaan dibeli oleh adiknya yang meminjam namanya, dan beliau yakin tidak melakukan sebarang kesalahan. – Malaysia Kini

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-02-10 11:53:23

Rasuah 3 Juta, Tan Sri Isa Abdul Samad Ke Penjara Sungai Buloh Hari Ini

The post Pegangan Saham Azam Baki Kembali Dipersoal, Laporan Dedah Miliki 17.7 Juta Saham Velocity Capital first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.