Pegawai, anggota polis ditahan bantu siasatan kes curi

12 Nov 2023 • 5:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Khaw Kok Chin

GEORGE TOWN - Polis menahan seorang pegawai dan enam anggota polis yang bertugas di Selangor bagi membantu siasatan berhubung kes kecurian pelbagai barangan di rumah seorang lelaki di Air Itam, di sini membabitkan kerugian lebih RM10,000 baru-baru ini.

Kesemua mereka berusia 31 hingga 55 tahun itu ditahan Jumaat lepas selepas pihak polis menerima laporan daripada lelaki yang juga seorang tukang paip berumur 40 tahun.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin ketika dihubungi mengesahkan penahanan semua pegawai dan anggota polis itu pada 10 November lepas dan mereka direman sehari sehingga Sabtu sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan pihak polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes itu. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya pada Ahad. - Bernama