Pegawai Bank Nekad Berhenti Kerja, Akui Lebih Kaya Berniaga Warung

28 Aug 2023 • 9:46 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Satu hantaran viral mengenai pegawai bank sanggup menukar kerja kepada penjual bakso

Pegawai Bank Nekad Berhenti Kerja, Akui Lebih Kaya Berniaga Warung. Perkongsian seorang wanita Indonesia menjadi tular di media sosial, kerana sanggup meninggalkan pekerjaannya sebagai pegawai bank untuk memulakan perniagaan bakso.

Dalam pada itu, menurut sumber, wanita itu menyatakan bahawa dia tidak menyangka rezekinya menjadi lebih ‘meriah’ selepas membuka warung, sekali gus mengubah hidupnya 360 darjah.

“Dari zaman sekolah nak jadi pegawai bank. Dah lulus belajar, cari kerja, termakbul cita-cita nak kerja bank.

image is not available
Sumber: instagram

“Tapi biasalah manusia, hati berubah-ubah. Nekad berhenti kerja. Ternyata tak sia-sia tinggalkan kelulusan ijazah,” ujarnya menurut laporan.

Guna keuntungan berniaga membeli rumah dan kereta

Makanan terkenal Indonesia, bakso yang dibuatnya itu sangat popular sehingga dia dapat menggunakan hasil keuntungan daripada perniagaan itu untuk membeli kereta dan rumah idamannya.

image is not available
Sumber: instagram

Sebelum ini pernah viral, individu meniaga di tepi jalan guna kereta Alphard

Untuk makluman, sebelum ini satu hantaran turut viral mengenai seorang peniaga meniaga makanan di tepi jalan dengan menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenama Alphard.

Perkongsian tersebut di media sosial menjadi bualan ramai dan rata-rata mengatakan bahawa menjual atau berniaga di tepi jalan atau warung tidak semestinya tidak kaya.

Baca juga artikel yang berkaitan: