Pegawai JPJ Maut Selepas Motosikal Gagal Elak Lori Ais Terbalik

LocalPolitics
22 May 2025 • 9:54 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang pegawai Unit Pendakwaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Temerloh maut dalam satu kemalangan tragis apabila motosikal yang ditungganginya melanggar sebuah lori ais yang terbalik di tengah jalan, petang Rabu.

Menurut laporah Sinar Harian, mangsa yang dikenali sebagai Siti Mariani Binti Jalal, 36, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam nahas yang berlaku di Kilometer 137 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, kira-kira jam 5.16 petang itu.

image is not available

Foto: FB JPJ Negeri Pahang

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, kemalangan melibatkan sebuah lori jenis Hino dan motosikal Yamaha 135LC dan dilaporkan kedua-dua kenderaan tersebut datang dari arah Temerloh menuju ke Mentakab.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, lori yang bergerak secara lurus dipercayai hilang kawalan lalu hampir terbabas ke kiri jalan dan cuba mengelak daripada melanggar besi penghadang jalan menyebabkan ia terbalik di tengah jalan.

“Pada masa yang sama, motosikal yang berada di belakang tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian tengah lori yang terbalik itu,” katanya.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Akibat pelanggaran itu, Siti Mariani maut di tempat kejadian, manakala pemandu lori berusia 33 tahun mengalami kecederaan di bahagian kaki.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh untuk proses bedah siasat,” ujarnya.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Kes kini diasiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Sinar Harian (Rosilawati Rosedi)