Pegawai Kanan ATM Didakwa Pecah Amanah Tabung Tentera RM5 Juta

LocalPolitics
30 Jan 2026 • 10:03 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Mejar Jen Datuk Mohamed Fauzi Kamis didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pecah amanah wang Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) berjumlah RM5 juta kira-kira dua tahun lepas.

Pegawai Kanan ATM didakwa pecah amanah

Menurut laporan Bernama, Mohamed Fauzi, 56, yang memakai sut lengkap berwarna biru gelap mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

“Saya faham dengan pertuduhan, saya tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan,” katanya yang juga Ketua Staf Markas Angkatan Bersama.
image is not available

Foto: NSTP/ASYRAF HAMZAH

Mohamed Fauzi didakwa sebagai Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKSPA) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan TKAT telah melakukan pecah amanah wang berjumlah RM5 juta milik TKAT, iaitu tertuduh secara tidak jujur menyalahgunakan wang itu dengan membuat pelaburan tambahan dalam syarikat Precious Amber International Berhad tanpa mendapat kelulusan Jawatankuasa Pelaburan TKAT.

image is not available

Foto arkib: Suara Sarawak

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kementah di sini pada 27 Nov 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan [Akta 574], yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan maksimum 20 tahun dengan sebatan serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Sumber: Bernama

The post Pegawai Kanan ATM Didakwa Pecah Amanah Tabung Tentera RM5 Juta appeared first on Borak Daily.