Pegawai Kanan Disiasat Atas Dakwaan Salah Laku, Direhatkan Serta-Merta – KSN

LocalPolitics
10 Nov 2025 • 9:16 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pegawai Kanan Disiasat Atas Dakwaan Salah Laku, Direhatkan Serta-Merta – KSN

PUTRAJAYA, (Bernama) — Seorang pegawai pengurusan tertinggi di sebuah kementerian telah direhatkan serta-merta berikutan tuduhan salah laku yang diterima, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Beliau berkata tindakan itu diambil bagi membolehkan siasatan terhadap dakwaan salah laku berkenaan dimulakan segera.

“Saya mengambil maklum berkenaan satu kes tuduhan salah laku melibatkan pegawai pengurusan tertinggi di sebuah kementerian.

“Oleh yang demikian, pegawai akan direhatkan serta-merta sementara siasatan salah laku dimulakan segera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shamsul Azri berkata sekiranya pegawai terbabit didapati bersalah, tindakan tatatertib akan diambil selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Beliau berkata kerajaan juga tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran tatakelola atau salah laku melibatkan pegawai awam.

BACA: Malam Terlarang Raih Kutipan RM5 Juta, Terus Kekal Di Carta No.1
BACA: “Reply Titik Pun Jadilah,” Abang Kurier Titip Pesanan Kepada Pelanggan Bayar Online

Sumber: Bernama

The post Pegawai Kanan Disiasat Atas Dakwaan Salah Laku, Direhatkan Serta-Merta – KSN appeared first on Siakap Keli.