Pegawai kanan PBT direman tiga hari

5 Jun 2024 • 3:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan

SHAH ALAM - Seorang pegawai kanan sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah berjumlah RM20,000.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 46 tahun itu dikeluarkan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman selepas mendapat permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Selangor.

Menurut sumber, suspek dipercayai meminta dan menerima rasuah sebagai balasan untuk melulus dan mempercepatkan permohonan kontraktor tanpa melalui prosedur ditetapkan antara 2019 hingga tahun ini.

Sumber itu memaklumkan suspek ditahan di Pejabat SPRM Selangor pada jam 6.29 petang semalam.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika, dihubungi mengesahkan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved