
Seorang pegawai kanan kerajaan, umur awal 40-an, kena tahan sebab didakwa sapu “sponsorship” untuk trip luar negara.
Kononnya trip tu ada kaitan dengan projek Dubai Orchid Export Farm (LEOD) yang nilainya cecah RM125 juta.
Yang lawaknya, jumlah tajaan yang diterima pun lebih kurang RM50 ribu je, tapi bila dikaitkan dengan projek ratus juta, memang terus nampak berat kes ni. SPRM pun terus tahan, siap dapat reman empat hari.
Kalau ikut laporan, si pegawai ni bukan sekali dua, tapi dari Mac 2023 sampai Januari 2025 dia allegedly minta dan terima tajaan dari beberapa syarikat.
Kira dah macam “overseas junket” la, jalan-jalan free konon atas urusan rasmi. Orang biasa kalau nak melancong kena kumpul duit setahun, ni senang-senang pakai duit orang atas kapasiti jawatan.
Itu yang orang makin meluat bukan sebab jumlah besarnya sangat, tapi sebab abuse of power.
Isu macam ni la yang buat orang susah nak percaya dengan projek mega kerajaan.
Bila ada nama “RM125 juta”, orang terus skeptikal, sebab takut duit rakyat jadi lubuk untuk segelintir orang.
Harap kes ni jadi pengajaran la, bukan sekadar tangkap satu dua buat headline.
Kalau serius nak banteras, kena pergi sampai akar siapa yang bagi tajaan, apa dia expect balasan, dan berapa ramai lagi yang terlibat.
Nazri Hamdan (nazrihamdan@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.

