Pegawai Khas TPM, Ramesh Rao Meninggal Dunia

LocalPolitics
14 Jan 2023 • 11:11 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ramesh Rao - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR - Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ramesh Rao meninggal dunia akibat serangan jantung, pagi tadi

Mendiang sebelum ini dilantik sebagai pegawai khas kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, khusus bagi menguruskan hal ehwal berkaitan masyarakat India negara.

Berita kematiannya diumumkan Bernama TV menerusi ciapan di Twitter pagi ini, tetapi tiada butiran lanjut diberikan.

Tinjauan Getaran di media sosial mendapati mesej dan hantaran takziah daripada pelbagai pihak untuk keluarga mendiang mula tersebar. 

Sementara itu, Zahid turut melahirkan rasa sedih atas pemergian mendiang serta menyifatkan beliau sebagai individu yang amat berjasa kepada masyarakat dan negara. 

“Dengan perasaan sedih dan dukacita, saya dan selurun warga Pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah ingin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Ramesh Rao Krishna Naidu, Pegawai Khas yang meninggal dunia pada awal pagi Sabtu, 14 Januari 2023.

“Semoga ahli keluarga, kenalan dan rakan taulan mendiang tetap sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan kehilangan insan yang mereka sayangi,” katanya. - Getaran, 14 Januari 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved