Pegawai Palestin ditembak di kem pelarian ketika sedang solat

9 Aug 2022 • 12:11 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

Seorang pegawai Palestin ditembak mati pada Isnin lalu di kem pelarian terbesar Palestin di Lubnan di Ain al-Helweh, berhampiran bandar selatan pantai Sidon, menurut seorang pegawai Fatah.

Menurut sumber, Saeed Alaeddine merupakan seorang pegawai dalam pergerakan Fatah pimpinan Presiden Palestin Mammud Abbas yang bertanggungjawab untuk menghubungkan antara kumpulan itu dan keselamatan Lubnan.

image is not available

“Beliau dibunuh oleh seorang lelaki bersenjata yang melepaskan tembakan ke arahnya ketika beliau sedang solat di rumah rakannya di kem tersebut,” kata pegawai kanan Fatah, Mounir Makdah.

Seorang lelaki bersenjata tidak dikenali melepaskan beberapa das tembakan yang menyebabkan Alaeddine terpaksa dikejarkan ke hospital, namun beliau meninggal dunia dalam perjalanan.

Pelaku melarikan diri dari tempat kejadian dan butiran mengenai suspek serta motif kejadian masih lagi dalam siasatan.

Seorang wartawan AFP mengatakan beliau mendengar lebih banyak tembakan di kem tersebut selepas pembunuhan Alaeddine.

Kem tersebut adalah rumah kepada lebih 54 ribu pelarian Palestin berdaftar sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

image is not available

Dengan konvensyen terdahulu, tentera tidak memasuki kem pelarian Palestin di Lubnan, mereka membiarkan pelarian untuk menguruskan keselamatan mereka sendiri.

Lebih 450,000 rakyat Palestin berdaftar di Lubnan dengan agensi PBB. Kebanyakkan hidup dalam serba kekurangan dan pelbagai sekatan undang-undang dikenakan kepada mereka termasuk tidak dibenarkan bekerja. – Al-Arabiya


image is not availableMASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia