Pegawai PBT ditahan terima rasuah RM26,000 daripada pemilik syarikat ‘runner’

LocalPolitics
10 Nov 2026 • 9:07 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pegawai PBT ditahan terima rasuah RM26,000 daripada pemilik syarikat ‘runner’

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan seorang pegawai pihak berkuasa tempatan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM26,000 daripada pemilik sebuah syarikat ‘runner’ atau perantara.

Wang itu dipercayai sebagai balasan untuk membantu dan mempercepat urusan pengeluaran lesen perniagaan serta tidak mengambil tindakan terhadap syarikat berkenaan.

Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira 10.30 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor.

“Siasatan awal mendapati lelaki itu disyaki melakukan perbuatan tersebut antara 2019 hingga 2023.

“Dia dipercayai menerima wang rasuah menerusi beberapa transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi miliknya,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Mohd. Azwan Ramli mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – Bernama

The post Pegawai PBT ditahan terima rasuah RM26,000 daripada pemilik syarikat ‘runner’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved