Pegawai PBT Gred Jusa B Disyaki ‘Makan Suap’, SPRM Beku Akaun RM7 Juta!

LocalPolitics
26 Aug 2025 • 9:24 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang pegawai kanan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Lembah Klang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai menerima suapan sejak lebih sedekad lalu.

Pegawai kanan PBT berjawatan gred Jusa B ditahan SPRM

Memetik laporan daripada Harian Metro, sumber menyatakan seorang lelaki berusia 50-an yang berjawatan gred Jusa B ditahan di pejabatnya.

image is not available

2 suspek lain turut diminta keterangan di pejabat SPRM

Difahamkan, dua lagi suspek iaitu seorang lelaki dan wanita turut ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Putrajaya dan SPRM Kuala Lumpur.

“Ketiga-tiga suspek dipercayai terlibat rasuah sejak 2014 di mana suspek berjawatan pemilik syarikat terbabit dipercayai membayar rasuah kepada pegawai PBT berkenaan sebagai balasan membantu mendapatkan projek di PBT terbabit,” tulisnya.

image is not available

Dalam pada itu, SPRM turut menyita wang tunai kira-kira RM150,000, empat peranti telekomunikasi, dua kenderaan mewah jenis Lexus RX500H serta Mini Cooper, selain beg tangan dan kasut berjenama Hermes dan Louis Vuitton.

Sebanyak 19 akaun bank milik persendirian dan syarikat juga dibekukan dengan nilai melebihi RM7 juta.

image is not available

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin mengesahkan tangkapan berkenaan.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Sumber: Harian Metro (Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil)