Pegawai pendidikan tercampak, Xmax langgar ‘divider’ lebuh raya

4 Nov 2026 • 8:43 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pegawai pendidikan tercampak, Xmax langgar ‘divider’ lebuh raya

NILAI – Perjalanan seorang pegawai pendidikan berakhir tragedi apabila dia maut selepas motosikal Yamaha Xmax yang ditunggang terbabas sebelum melanggar besi penghadang di Kilometer (KM) 282.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 3.05 petang itu, mangsa, Mohammad Fauzee Azmi, 39, tercampak daripada motosikal sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya berkata, siasatan awal mendapati motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas merempuh besi penghadang dan bergesel dengan trak pikap Toyota Hilux.

“Pelanggaran itu menyebabkan mangsa tercampak manakala pemandu Toyota Hilux yang berusia 38 tahun tidak cedera. Ketika kejadian permukaan jalan basah ekoran hujan,” katanya.

Mayat Mohammad Fauzee dihantar ke Unit Forensik, Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk dibedah siasat pada pukul 9 pagi esok. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

The post Pegawai pendidikan tercampak, Xmax langgar ‘divider’ lebuh raya appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved