
Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan ketelusan dalam setiap tugas yang dijalankan
Pegawai Penguat Kuasa Di Sibu Kini Bakal Menggunakan Kamera Badan. Dilaporkan, Sibu Municipal Council (SMC) barusahaja melancarkan inisiatif kamera badan/bodycam untuk pegawai penguat kuasanya! Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan akauntabiliti dan ketelusan dalam setiap tugas yang dijalankan.
Menurut Pengerusi SMC, Clarence Ting, setakat ini lima unit bodycam telah disediakan untuk pasukan penguat kuasa mereka. Walaupun bodycam ni sebenarnya dah digunakan sejak 2024, pelancarannya hari ini bertujuan untuk maklumkan kepada orang ramai bahawa SMC semakin serius dalam memperkukuh sistem pemantauan dan keselamatan.

Kenapa Bodycam Penting?
Menurut Timbalan Pengerusi SMC, Mohammed Abdullah Izkandar, bodycam ni bukan sekadar rakaman biasa di mana ia boleh merekod video dan audio setiap interaksi pegawai dengan orang awam. Antara tujuan utama bodycam ini termasuk:
✅ Mengumpul bukti dalam kejadian tertentu
✅ Meningkatkan ketelusan dalam tugas penguatkuasaan
✅ Sebagai bahan latihan untuk pegawai baharu
✅ Menjaga keselamatan kedua-dua pihak pegawai & masyarakat

Pegawai penguat kuasa berasa lebih yakin
Ketua Penguat Kuasa SMC, Halwis Tair, menyatakan bahawa penggunaan bodycam membantu pegawai mereka lebih yakin ketika bertugas kerana ia dapat merekod situasi sebenar di lapangan.
Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan & Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang, yang mewakili Timbalan Premier, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian. Turut hadir ialah beberapa pemimpin politik dan komuniti tempatan yang menyokong inisiatif ini.
Dengan adanya bodycam, diharapkan interaksi antara penguat kuasa dan masyarakat menjadi lebih adil, telus dan profesional. Ini bukan sahaja melindungi pegawai, tetapi juga memastikan hak rakyat sentiasa terjaga!
Lagi berita terkini untuk anda di sini:



